SELAMAT DATANG GURU BARU

Tahniah kepada Cik Nurul Husna binti Jabli kerana ditempatkan sebagai guru baru di SEMASHUR bermula 18/2/2019. semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini.

JOHAN BADMINTON PEREMPUAN MSSD

TAHNIAH !! SEMASHUR telah memenangi pingat emas bagi Kejohanan Badminton MSSD kategori Perempuan Single & Double B18. SEMASHUR juga memenangi tempat ke-3 keseluruhan bagi kejohanan tersebut.

 

KHINDI PENGELOLA ASRAMA TERBUKA SEMASHUR

Pada 16/2/2019, Program Asrama Terbuka telah berlangsung di Asrama Putera dan Asrama Puteri. Program ini bertujuan menjemput ibubapa meninjau kawasan asrama SEMASHUR dan beramah mesra antara warga SEMASHUR dan ibubapa.

Tahniah Homeroom Al-Khindi kerana berjaya menjadi pengelola Asrama Terbuka kali ini dengan mempamerkan hiasan yang cantik di hadapan asrama.

TAKZIAH. SEMASHUR TURUT BERDUKACITA

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Warga SEMASHUR turut berduka cita dengan pemergian dua orang bekas pelajar SEMASHUR iaitu Allahyarhamah Farah Najwa binti Zakaria (SPM 2011) dan Allahyarham Ammar Zulfayree Bin Azam (SPM 2018) yang telah kembali kerahmatullah minggu lalu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah

 

SUKANTARA SEMASHUR

Pada 13-14 Februari 2019 , telah berlangsung Sukantara Semashur. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru.

THAILAND INVENTORS DAY 2019

TAHNIAH !!

Pada 1- 7 Februari 2019, Pasukan Inovasi SEMASHUR telah menyertai BANGKOK INTERNATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY, INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXPOSITION 2019, bertempat di Bangkok International Trade and Exhibition Centre.

4 pasukan SEMASHUR yang menyertai pertandingan ini berjaya meraih  satu Silver Award,  satu Special Award and empat  BronzeAward daripada World Invention Intellectual Property Association.

MUAFAKAT GURU DAN IBUBAPA TINGKATAN EMPAT

Majlis Interaksi Akademik tingkatan 4 telah berlangsung pada 1/2/2019 di Dewan Titiwangsa. Majlis ini bertujuan membentangkan program kecemerlangan tingkatan 4 kepada ibubapa dalam memastikan halatuju akademik pelajar Semashur tercapai dengan kerjasama dua pihak (ibubapa – sekolah)

Penolong Kanan membentangkan Program Kecemerlangan Tingkatan 4 kepada Ibubapa

Antara ibubapa yang hadir