BAHANG TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEMASHUR MAKIN TERASA

Acara saringan sukan berlangsung selama 3 hari pada 19-21hb Feb. Dalam cuaca yang baik ini, acara balapan dan acara padang berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semangat kesukanan dan semangat bersaing dikalangan pelajar dapat dilihat dari riak dan kesungguhan mereka. Begitu juga dengan guru-guru yang bertugas dengan penuh komited dan dedikasi.

Semoga acara penutup Temasya Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 26 Februari ini akan berlangsung dengan lancar dan meriah.

Adakah Homeroom Al-Razi dapat memgekalkan kejuaraannya pada TST 2019 kali ini? Kita nantikan keputusannya.