AL-RAZI JUARA LAGI

Pada 26/2/2019 telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan 2019 yang menyaksikan Rumah Al-Razi mengekalkan kejuaraan 2 kali berturut-turut dengan kutipan markah sebanyak 1097 mata.

Tempat ke-2 diduduki oleh Rumah Al-Batani dengan markah sebanyak 1094 dan tempat ke-3 Rumah Al-Biruni dengan kutipan sebanyak 1093 markah. Manakala tempat ke-4 dan ke-5 disandang oleh Rumah Al-Farabi dan Al-Khindi.

Acara ini dirasmikan oleh YDP PIBG SEMASHUR serta dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa yang berkelapangan bagi menyokong anak-anak mereka.

Majlis dimulakan dengan pertandingan perbarisan dari setiap Rumah dengan bertemakan Disney. Rumah Al-Batani yang membawakan tema Wreck-It Ralph telah dinobatkan sebagai Juara Perbarisan tahun ini. Pelbagai aksi lucu dan menarik telah dipersembahkan oleh anak-anak SEMASHUR.

Tahniah kepada Unit Sukan, semua guru, semua staf sokongan dan pelajar Rumah Al-Khindi atas penganjuran sukan yang meriah pada tahun ini.