TETAMU DARI INDONESIA

Selamat datang Linta Alfi Fahmi dan Afrida Febri Arumningtyas ke SEMASHUR. Mereka merupakan guru pelatih dari Universitas Muhammadiyah Surakarta Indonesia yang akan menjalani latihan mengajar di sini selama tiga minggu. subjek yang bakal diajar adalah subjek Geografi.

BELASUNGKAWA – PERGINYA DIHARI MULIA

Perginya seorang guru SEMASHUR, pada 9/8/2019 jam 9.30 pagi, hari Jumaat yang mulia.  Allahyarhamah Puan Naziyah Abdullah, merupakan guru Bahasa Melayu yang berkhidmat disini sejak 2012. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

JOHAN NILAM DAERAH

Pada 5-6 Ogos 2019 telah berlangsung pertandingan NILAM peringkat daerah Hulu Selangor di SK Sungai Tengi. Pelajar SEMASHUR , Nurul Ain telah menjadi Johan manakala Hanizuhriah mendapat tempat kedua. Nurul Ain akan mewakili daerah Hulu Selangor bagi pertandingan peringkat Negeri. Tahniah.

WORLD INVENTION CREATIVITY OLYMPIC (WICO), KOREA 2019

Pada 23 – 29 Julai 2019, SEMASHUR telah menyertai World Invention Creativity Olympic (WICO) di Soeul , Korea. Seramai 7 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut:

CO-CO RODENTICIDE
Gold medal 🥇
Special Award from Innopa 🏵

EASY COFFEE WASH
Gold award 🥇
Special Award from Innopa 🏵

ECO-STARTER
Silver award🥈

 

CULTURAL EXCHANGE : MALAYSIA JAPAN

Pada 24 Julai 2019, SEMASHUR menerima tetamu antarabangsa dari Jepun. Program Cultural Exchange : Japan Red Cross dan PBSM telah berlangsung di Dewan Titiwangsa bermula pukul 9.00 hingga 12.00 tengahari.

 

RAGBI PEREMPUAN JOHAN CUP

Pasukan Ragbi (Perempuan) telah menggungguli Kejohanan Ragbi SBP 7s yang telah diadakan di SM Sains Teluk Intan pada 18-21 Julai yang lepas. Manakala, pasukan lelaki mendapat Naib Johan Cup. Tahniah SEMASHUR