KEMERIAHAN SAMBUTAN SYAWAL SEMASHUR

Sambutan Hari Raya SEMASHUR telah diadakan pada 14 Jun 2019. Tahniah kepada Homeroom Al-Farabi atas penganjuran program ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan meja hiasan raya dan pertandingan kareoke lagu raya.

TAKLIMAT PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK MERENTASI KURIKULUM

Bermula bulan Jun 2019 matapelajaran pendidikan sivik akan diajar  dalam beberapa matapelajaran lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Taklimat ini disampaikan oleh En. Suhaime bin Mohd, Penolong Kanan SEMASHUR.

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pelajar dan ibubapa. Semoga Aidilfitri tahun ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran.

InshaAllah, Sambutan Aidilfitri SEMASHUR akan diadakan pada 14 Jun 2019.

QURAN HOUR

Pada 24/5/2019 telah berlangsung program Quran Hour di Surau. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar bertadarus selama satu jam bermula pukul 8.00 – 9.00 pagi.

MAJLIS KHATAM ALQURAN DAN IFTAR PERDANA

Majlis Khatam Quran, Tahlil dan Iftar Perdana, Penyampaian Sumbangan Projek Khas, Anak Yatim serta dari keluarga kurang berkemampuan 2019 yang telah berlangsung pada 23/5/2019.

Jutaan Terima Kasih diucapkan buat semua Dermawan2 Semashur yang telah membantu menjayakan program ini.

Semoga ALLAH S.W.T sentiasa Merahmati dan Memberkati kita semua ahli keluarga SEMASHUR.

 

BAJU RAYA BUAT PELAJAR PROJEK KHAS

Aktiviti membeli baju raya untuk Pelajar Projek Khas dan Anak Yatim di Jakel Kuala Lumpur pada 21/5/2019

Alhamdulillah dan Jutaan Terima Kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbang dan membantu pelajar ini membuat persiapan Aidil Fitri.

Terima kasih juga pada Guru- guru serta AJK PIBG En Mutalib serta isteri Puan Asiah yang mengiringi dan membantu pelajar ini memilih baju raya.

Terima Kasih pada Jakel KL yang turut sama membantu sebahagian kos baju raya anak-anak ini.

Terima Kasih pada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT merahmati semua.

 

SELAMAT DATANG GURU BARU

SEMASHUR telah menerima dua orang guru yang bertukar ke sini.

Ust Mohd Fadhil bin Nawi bertukar dari SM Sains Jeli, Kelantan. Beliau merupakan  guru Pendidikan Islam.

Pn. Nur Hidayah binti Ahmad yang bertukar dari Kolej Matrikulasi Johor merupakan guru Matematik

TEMA RETRO UNTUK SAMBUTAN HARI GURU 2019

Sambutan Hari Guru bagi tahun 2019 diadakan lebih awal bagi kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan tema Retro dimana kebanyakan guru-guru SEMASHUR akan berpakaian mengikut tema.

Tahniah Rumah Al-Razi atas penganjuran majlis ini dan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan pelajar  yang memnyumbangkan hadiah buat semua guru.

GURU OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI