SEMASHUR JOHAN CATUR MSSD

Tahniah kepada pasukan catur SEMASHUR kerana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Catur MSSD.

 

Antara pencapaian dan kemenangan yang diperolehi SEMASHUR ialah :

  1. Johan berkumpulan kategori P18
  2. Johan Individu P18
  3. Johan Individu P15
  4. Naib Johan bekumpulan L15
  5. Naib Johan Individu L18
  6. Naib Johan Individu P15
  7. Ketiga berkumpulan P15
  8. Ketiga Individu L15

 

INOVASI I2CREATE KUALA LUMPUR

Pada 12 -14 April 2019 , sebanyak 7 pasukan  SEMASHUR menyertai pertandingan Inovasi i2Create di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.  Pada pertandingan ini SEMASHUR mengungguli 7 anugerah perak bagi 7 produk iaitu Smart Crutch, Hydro Vase, Hydrovest, Coco, Easy Coffeewash, Smart Automatic Circuit Breaker (ACB) dan Picknickorb. Tahniah pasukan Inovasi.

 

PEPERIKSAAN DELF : SEMASHUR TERSENARAI 20 TERBAIK MALAYSIA

Peperiksaan Delf adalah peperiksaan Bahasa Perancis bertaraf antarabangsa yang sangat berprestij yang diiktiraf oleh kerajaan Perancis. Sebanyak 174 negara di dunia menawarkan peperiksaan Delf. Di Malaysia hampir 100 buah sekolah menawarkan mata pelajaran Bahasa Perancis. Jumlah calon Malaysia yang menduduki peperiksaan Delf 2018 adalah seramai 2922 . Bagi Level A1 – 2120 orang , Level A2 – 754 orang dan  Level B1 – 48 orang. 

Tahniah kepada 3 orang pelajar SEMASHUR yang telah tersenarai antara 20 orang pelajar terbaik Malaysia dalam Peperiksaan DELF A2 dan DELF A1.

Delf A2 Top 20 Malaysia.
1) Nor Aqila bt Azhar
2) Nurulain Balqis bt Mohd Hatta
Delf A1Top 20 Malaysia.
1) Harith Abdullah b. Hamidon
Bersama Duta Perancis, Attache Linguistic & Director Alliance Francaise

BEAVER COMPUTATIONAL THINKING COMPETITION 2019

Pertandingan Beaver berlangsung pada 16 dan 17 April 2019 bertempat di Pusat Akses SEMASHUR. Pertandingan ini berbentuk Ujian dalam talian yang mana pelajar perlu menjawab soalan dan menyelesaikan masalah dan isu yang diberikan. Pada tahun ini seramai 126 orang pelajar menyertai pertandingan ini.

 

BENGKEL ARDUINO SEMASHUR DAN UITM SHAH ALAM

Bengkel Arduino yang dianjurkan oleh pensyarah dan pelajar dari UITM Shah Alam ini diadakan di Pusat Sumber SEMASHUR pada 16/4/2019 bersama pelajar mata pelajaran Rekabentuk Teknologi (RBT). Bengkel ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang Coding Arduino yang akan digunakan dalam Peperiksaan PT3 nanti. Semoga program ini dapat membantu pelajar memahami dan mahir dalam pengaturcaraan (coding) arduino.

FRANCO TOUR 2019

Pada 10/4/2019 , Franco Tour (Program Bahasa Antarabangsa Perancis) telah diadakan di SMK Dengkil. SEMASHUR telah mendapat tempat pertama bagi acara Perbentangan Negara Francophonie dan tempat kedua bagi acara nyanyian lagu Perancis. Tahniah.

 

ENGLISH OUTREACH PROGRAM

English Outreach Program was held on 10th April 2019, with the theme of The Road to A+ English. The objectives are, to familiarize the students with all parts of literature components, basic and advanced writing techniques, to revise and refresh grammar knowledge, among others. Participants including neighbouring daily schools, and invited fellow residential schools such as SEPINTAR and INTEGOMB.