Bendera Sekolah

 

Warna-warna yang terdapat dalam bendera Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) sama seperti warna yang digunakan dalam logo SEMASHUR. Terdapat tiga garisan warna yang dilukis merentasi logo iaitu warna biru di bahagian atas, warna merah di barisan tengah dan warna kuning di barisan bawah.

 

Rentasan jalur warna-warna tersebut berlatarbelakangkan warna putih yang menggambarkan kesucian, ketakwaan dan keimanan yang menjadi teras utama dalam kehidupan. Di bahagian tengah diletakkan lencana sekolah sebagai tanda kedaulatan sekolah tercinta.