PENYAMPAIAN HADIAH ACARA SARINGAN SUKAN TAHUNAN

Tuan Pengetua menyampaikan pingat kepada semua pemenang acara saringan sukan yang berlangsung pada 19-21 Feb yang lepas.

Majlis penutup Temasya Sukan Tahunan akan diadakan pada 26/2/2019. Antara acara akhir yang akan dipertandingkan pada hari tersebut ialah acara larian 100m dan   acara 4X100m dan perbarisan sukan.

Ibubapa yang berkelapangan di jemput hadir bagi memeriahkan lagi Temasya Sukan Tahunan SEMASHUR kali ini.

BAHANG TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEMASHUR MAKIN TERASA

Acara saringan sukan berlangsung selama 3 hari pada 19-21hb Feb. Dalam cuaca yang baik ini, acara balapan dan acara padang berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semangat kesukanan dan semangat bersaing dikalangan pelajar dapat dilihat dari riak dan kesungguhan mereka. Begitu juga dengan guru-guru yang bertugas dengan penuh komited dan dedikasi.

Semoga acara penutup Temasya Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 26 Februari ini akan berlangsung dengan lancar dan meriah.

Adakah Homeroom Al-Razi dapat memgekalkan kejuaraannya pada TST 2019 kali ini? Kita nantikan keputusannya.

JOM KE SEKOLAH

Pada 18/2/2019, satu program Jom Ke Sekolah telah diadakan  bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Program ini diadakan semasa perhimpunan pagi di Dewan Titiwangsa.

SBP SCHOLARSHIP LEAD

Program SBP Scholarship Lead Peringkat Zon Tengah ini adalah bertujuan memberi pendedahan pelbagai tawaran biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM.  Program ini diadakan di Sekolah Menengah Seri Puteri pada 19/2/2019 melibatkan 5 orang pelajar SEMASHUR.

SELAMAT DATANG GURU BARU

Tahniah kepada Cik Nurul Husna binti Jabli kerana ditempatkan sebagai guru baru di SEMASHUR bermula 18/2/2019. semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini.

JOHAN BADMINTON PEREMPUAN MSSD

TAHNIAH !! SEMASHUR telah memenangi pingat emas bagi Kejohanan Badminton MSSD kategori Perempuan Single & Double B18. SEMASHUR juga memenangi tempat ke-3 keseluruhan bagi kejohanan tersebut.

 

KHINDI PENGELOLA ASRAMA TERBUKA SEMASHUR

Pada 16/2/2019, Program Asrama Terbuka telah berlangsung di Asrama Putera dan Asrama Puteri. Program ini bertujuan menjemput ibubapa meninjau kawasan asrama SEMASHUR dan beramah mesra antara warga SEMASHUR dan ibubapa.

Tahniah Homeroom Al-Khindi kerana berjaya menjadi pengelola Asrama Terbuka kali ini dengan mempamerkan hiasan yang cantik di hadapan asrama.