Lagu Sekolah

Alam nan indah memukau mata,

Air mengalir jernih ke muara,

Di situlah sekolah ku tercinta,

SEMASHUR seindah nama.

Kaulah pelita penyuluh hidup,

Menabur bakti untuk pertiwi,

Ku julang namamu seharum kasturi,

Semoga Allah memberkati

SEMASHUR akan teguh berdiri,

Berteras panji keimanan yg murni,

Falsafah pendidikan dikelek rapi,

Melahirkan generasi tahan diuji.

Ayuhlah berjuang putera dan puteri,

Kerahkan segala potensi diri,

Capai kecemerlangan seindah jaya,

Untuk SEMASHUR tercinta (3 x)