Logo Sekolah

Logo Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) menggunakan gabungan 3 warna utama iaitu biru, merah dan kuning. Biru lambang perpaduan dan permaufakatan warga SEMASHUR untuk memajukan dan merealisasikan wawasan dan hala tuju sekolah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Merah sebagai symbol kecekalan, keberanian, dinamik dan berjiwa besar. Putih pula sebagai tanda kesucian, ketakwaan dan keimanan yang sentiasa bergerak seiring dan mengejar matlamat dan cita-cita manakala warna kuning pula diibaratkan tuaian yang bakal diperolehi melalui gabungan elemen-elemen yang digambarkan tadi.

 

Gabungan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman yang membentuk seperti roda di tengah-tengah logo, menggambarkan  matlamat SEMASHUR melahirkan generasi yang mampu bersaing di dalam dunia sains dan teknologi.Lengkungan berbentuk ‘U’ di bahagian bawah  logo menggambarkan lokasi SEMASHUR di salah sebuah kawasan peranginan iaitu Ulu Yam manakala tulisan yag terdapat pada lengkungan separa bulatan bahagian atas melambangkan anak didik yang dilahirkan oleh SEMASHUR ialah insan yang tahu matlamat hidup mereka berlandaskan moto sekolah iaitu USAHA untuk BERAMAL dan BERBAKTI

 

Imej buku yang terbuka atau juga seperti tangan terngadah di bawah bulatan membawa maksud bahawa ilmu pengetahuan dan usaha yang bersungguh-sungguh di samping tawakal akhirnya akan membuah kejayaan.