Matlamat Sekolah

 

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutama dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

 

  1. Memperbanyak pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

 

  1. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

 

  1. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

 

  1. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemapanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.

 

  1. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SEMASHUR supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.

 

  1. Mewujudkan warga SEMASHUR yang mengamalkan budaya penyayang.

 

  1. Melahirkan kejituan semangat patriotik dalam kalangan pelajar SEMASHUR

 

  1. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.

 

  1. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientaikan sains bagi memaujudkan tuntutan Wawasan 2020