BOLA KERANJANG MSSD HULU SELANGOR

Pasukan Bola Keranjang Perempuan (B15) kerana mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan MSSD Hulu Selangor yang berlangsung pada 30/1/2019.

TAHNIAH!!

Pasukan Bola Keranjang Lelaki (B18) kerana mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan MSSD Hulu Selangor yang berlangsung pada 30/1/2019.

FULL SCHOLARSHIP FROM GEORGE KENT

TAHNIAH !!

Seorang bekas pelajar SEMASHUR, Teoh Chun Kuey yang menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas telah menerima  biasiswa penuh sebanyak RM250 ribu setahun dari George Kent (Malaysia) Bhd. 

Semoga dapat kekalkan kecemerlangan anda.

SEMASHUR JOHAN MERENTAS DESA MSSD

TAHNIAH !!

Pasukan Merentas Desa SEMASHUR berjaya menjadi Johan Keseluruhan KEJOHANAN MERENTAS DESA  MSSD HULU SELANGOR.

SEMASHUR memenangi  satu pingat emas bagi kategori Perempuan Kelas 1 (P1)  dan dua pingat gangsa bagi kategori Lelaki (L2) & Perempuan Kelas 2 (P2).

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) : GOOGLE CLASSROOM

Pada 12/1/2019 (Sabtu), satu kursus melibatkan semua guru diadakan di Bilik APD SEMASHUR. Kursus ini bertujuan memperkenalkan GOOGLE CLASSROOM kepada semua guru untuk diintegrasikan dalam PdPc masing-masing. Kursus disampaikan oleh Pn. Noraini Zohuddin, Ketua Panitia subjek Asas Sains Komputer.  Tahniah guru SEMASHUR kerana  menghadiri kursus ini dengan ceria dan penuh semangat. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anak didik kita.

Penceramah kursus Google Classroom

Ust Pauzi Hairi membantu Tuan Pengetua semasa kursus Google Classroom

Wajah-wajah ceria Srikandi SEMASHUR menghadiri kursus pada hari Sabtu.

HARI TERBUKA ASRAMA 2019

Hari Terbuka Asrama akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Februari 2019

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 – 12.00 tengahari

Ibubapa dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

 

Pendaftaran Tingkatan 2-5 Tahun 2019

Tarikh : 1 Januari 2019

Masa : 9.00 pg – 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Makan

Selamat kembali ke sekolah semua warga SEMASHUR. Semoga tahun 2019 kita dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

 

 

 

 

 

SM SAINS HULU SELANGOR

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada para pengunjung laman web sekolah kami. Laman Rasmi SM SAINS HULU SELANGOR ini dalam proses pengemaskinian.

Laman web yang sedia ada sebelum ini terpaksa dimansuhkan diatas sebab teknikal,dgn menggunakan domain terbaru iaitu www.semashur.edu,my ia dilihat selaras dengan kehendak pengunjung web kami. Terima kasih segala sokongan dan idea-idea bernas yang kami terima daripada pengunjung sekalian. Semoga input dan output serta sedikit pembaharuan ini memuaskan hati para pengunjung sekalian.