BAJU RAYA BUAT PELAJAR PROJEK KHAS

Aktiviti membeli baju raya untuk Pelajar Projek Khas dan Anak Yatim di Jakel Kuala Lumpur pada 21/5/2019

Alhamdulillah dan Jutaan Terima Kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbang dan membantu pelajar ini membuat persiapan Aidil Fitri.

Terima kasih juga pada Guru- guru serta AJK PIBG En Mutalib serta isteri Puan Asiah yang mengiringi dan membantu pelajar ini memilih baju raya.

Terima Kasih pada Jakel KL yang turut sama membantu sebahagian kos baju raya anak-anak ini.

Terima Kasih pada semua yang terlibat. Semoga Allah SWT merahmati semua.

 

SELAMAT DATANG GURU BARU

SEMASHUR telah menerima dua orang guru yang bertukar ke sini.

Ust Mohd Fadhil bin Nawi bertukar dari SM Sains Jeli, Kelantan. Beliau merupakan  guru Pendidikan Islam.

Pn. Nur Hidayah binti Ahmad yang bertukar dari Kolej Matrikulasi Johor merupakan guru Matematik

TEMA RETRO UNTUK SAMBUTAN HARI GURU 2019

Sambutan Hari Guru bagi tahun 2019 diadakan lebih awal bagi kerana tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadan.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan tema Retro dimana kebanyakan guru-guru SEMASHUR akan berpakaian mengikut tema.

Tahniah Rumah Al-Razi atas penganjuran majlis ini dan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa dan pelajar  yang memnyumbangkan hadiah buat semua guru.

GURU OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI

 

SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT BARU USTAZAH AZIZAH

Pada 29/4/2019 telah diadakan jamuan sempena perpindahan Ustazah Nor Azizah Binti Mat ke SM Sains Jeli bermula 2 Mei 2019. Ustazah Azizah telah berkhidmat di SEMASHUR sejak awal penubuhan sekolah ini pada tahun 2001.  Terima kasih ustazah atas khidmat jasa yang dicurahkan untuk SEMASHUR selama lebih kurang 19 tahun ini. Semoga terus sukses ditempat baru.

TUAN PENGETUA ANTARA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2018

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengetua SEMASHUR Tn. Hj. Hasan Abrar bin Hj. Halidi kerana tergolong dalam 7 pengetua seluruh SBP yang menerima APC pada tahun 2018.

Tahniah juga diucapkan kepada guru dan staf yang menerima APC bagi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2018.

Penerima APC 2018

    1.  Tn Hj. Hasan Abrar bin Hj. Halidi
    2. Pn. Sazlina Zakaria (Guru Matematik)
    3. Pn. Norshazwani Omar (Kaunselor)
    4. Pn. Naziyah Abdullah ( Guru Bahasa Melayu)
    5. Pn. Hasmiza Ahmad (Guru Sains)
    6. Pn. Rohana (Penyelia Asrama)
    7. Pn. Fadilah (Pembantu Makmal)

 

JOHAN MILIK SEMASHUR

Jutaan Tahniah kepada pasukan ragbi SEMASHUR (Zealord) kerana telah menjuarai pertandingan Rugbi Super School 2019.

Pertandingan ini menentang MCKK menyaksikan SEMASHUR  menang 22 berbalas 19. Tahniah Zealord.

HARI ANUGERAH CEMERLANG & KONVOKESYEN MINI KALI KE 19

Majlis tradisi unggul SEMASHUR  ini diadakan pada setiap tahun telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2019 di Dewan Titiwangsa

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf kejayaan dan pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

Bagai sirih pulang ke gagang, majlis  ini telah dirasmikan oleh  YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi  yang merupakan bekas pelajar SEMASHUR yang telah berjaya menjadi wakil rakyat di Kawasan Kota Anggerik.

 

DEBARAN 27 APRIL 2019

Hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Mini Kali ke 19 ( 8.00 – 12.00) 

Pertandingan Ragbi Malaysia Airports Chairman’s Challenge Trophy Final.  ( 3.00 ptg)