Zealord Rugby Team

“ZEALORD SEMASHUR RUGBY TEAM”

(2010 – 2015)

 

Ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah bimbingan pengurus Pasukan En. Mohd Hazman Jazimin bin Saad. Pasukan dilatih asas permainan ragbi kerana tiada pelajar yang mempunyai pengalaman bermain ragbi di peringkat sekolah rendah. Nama ZAELORD diambil sempena nama Pahlawan British yang gagah berani dan tidak mengenal kalah, sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir serta sentiasa memperolehi kemenangan dalam perang. Nama ini diilhamkan oleh Presiden Kelab Ragbi SEMASHUR ketika itu iaitu Muhammad Khairul Salikin Bin Abu Noor.   Sehingga kini, pasukan ini dilatih oleh Encik Mohd Soleh Bin Abdul Hamid. Manakala, pengurus pasukan di bawah tanggungjawab Encik Mohd Hazman Jazimin bin Saad.

 

 

MISI

 

“Zealord Semashur Rugby Team” berhasrat untuk mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran pemain ragbi ke tahap optimum selaras dengan matlamat menjadikan sukan ragbi sebagai sukan utama di SEMASHUR.

 

 

VISI

 

“Zealord Semashur Rugby Team” sebagai Pasukan Ragbi Terbilang di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa menjelang Tahun 2015.

 

 

PERLAKSANAAN PROGRAM

 

  1. Membentuk Pasukan Ragbi SEMASHUR yang mantap dengan melancarkan “ZEALORD SEMASHUR RUGBY TEAM” pada bulan Januari 2010 dengan Rancangan Strategik Lapan Tahun iaitu 2010 – 2015.
  2. Pelan Strategik ini dinilai dan dibangunkan semula dengan perancangan lebih agresif, progresif, dan dinamik.
  3. Membentuk Pasukan Ragbi SEMASHUR dengan pembentukan pasukan dari setiap kategori umur iaitu B13, B14, B15, B16 dan B18.
  4. Membudayakan permainan Ragbi di SEMASHUR sebagai salah satu agenda memperkasakan SEMASHUR.
  5. Menguasai sukan ragbi di peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.
  6. Memasyhurkan nama SEMASHUR di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui sukan ragbi.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi                                :           En Hasan Abrar Bin Hj Halidi

Naib Pengerusi                        :           Encik Suhaime Bin Mohd

Pengarah Projek                      :           Pn Masita Binti Salamat

Setiausaha/Jurulatih               :           Encik Mohd Soleh Bin Abdul Hamid

Pengurus Pasukan                   :           Encik Muhammad Abdullah bin Hanafi

Ahli Jawatankuasa                  :           Kelab Ragbi

 

KUMPULAN SASARAN

  1. Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sebagai teras awal pembentukan pasukan dengan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 sebagai pembimbing (dengan mengikut pelan tindakan dan strategi yang disediakan oleh jurulatih pasukan)
  2. Pelajar Tingkatan 4 melalui latihan intensif, klinik ragbi, dan perlawanan ragbi antara rumah.
  3. Pasukan Ragbi SEMASHUR Bawah 13, Bawah 14, Bawah 15, Bawah 16 dan Bawah 18 tahun.

 

OBJEKTIF AKTIVITI DIJALANKAN:

  • Membentuk pasukan Bawah 14, Bawah 16 dan Bawah 18.
  • Menyertai pertandingan terbuka
  • Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi dalam Malaysia dan luar negara seperti Ysgol Gyfun (Wales), St. Dunsten College (England) dan Wellingborough (UK)
  • Mengadakan latihan teknik permainan setiap hari untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan melalui Ragbi Sentuh

 

SENARAI AKTIVITI PASUKAN RAGBI

1. Pengenalan Sukan Ragbi 12. Latihan Tektikal dan Strategi
2. Penerangan dan Perbincangan 13. Latihan Intensif
3. Tayangan Video Sukan Ragbi 14. Perlawanan Persahabatan
4. Klinik Ragbi Fasa 1 hingga Fasa 5 15. Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
5. Kejohanan Ragbi antara rumah 16. Menyertai Kejohanan Ragbi Terbuka
mengikut kategori negeri , kebangsaan dan antarabangsa
6. Kejohanan Tertutup 17. Lawatan
7. Kejohanan Terbuka 18. Rugby Tour Dalam Negara
8. Perlawanan SIMULASI 19. Rugby Tour Antarabangsa
9. Latihan Stamina 20. Jamuan
10. Latihan Fizikal 21. Pengiktirafan dan anugerah
11. Latihan Motivasi

KEBERKESANAN

  1. Sekolah dikenali sebagai persaing utama dengan sekolah premier di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Mendapat kerjasama kuat daripada pentadbiran sekolah terutamanya pengetua sekolah, PPD Hulu Selangor, JPN Selangor, PIBG SEMASHUR dan sokongan ibu bapa keluarga pemain.
  3. Permainan Ragbi terkenal di SEMASHUR dan merupakan ETOS SEMASHUR
  4. Menjuarai kejohanan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa
  5. Pasukan Ragbi SEMASHUR dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  6. Banyak Pasukan Ragbi dari luar negara menawarkan diri untuk menentang Pasukan Ragbi SEMASHUR apabila mereka datang ke Malaysia seperti pasukan dari Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka, Teluk Arab, Singapura, England, Wales, dan lain- lain negara.
  7. Pelajar dapat mewakili pasukan luar seperti ‘COBRA’, Sukan SUKMA, MSSM dan pasukan-pasukan yang bertanding ke peringkat antarabangsa.

PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI (TAHUN 2018)

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN
1. Karnival Ragbi VI 10S (B15) Antarabangsa Johan cup
2. Karnival Ragbi VI 10S (B17) Antarabangsa Ketiga Cup
3. Kejohanan Ragbi NRDP Salbros (B15) Kebangsaan Penyertaan
4. Kejohanan Ragbi NRDP Salbros (B16) Kebangsaan Johan Cup
5. Kejohanan Ragbi NRDP Salbros (B14) Kebangsaan Johan Sheild
6. Kejohanan Ragbi NRDP SMSS SEVENS (B14) Kebangsaan Johan Plate
7. Kejohanan Ragbi NRDP SMSS SEVENS (B16) Kebangsaan Johan Cup
8. Kejohanan Ragbi NRDP SMSS SEVENS Rugbi Touch (B16) Kebangsaan Johan Cup
9. Kejohanan Ragbi Kl Jemputan  SDAR Edisi Sembilan (B13) Kebangsaan Naib Johan Cup
10 Kejohanan Ragbi Kl Jemputan  SDAR Edisi Sembilan (B14) Kebangsaan Johan Cup

 

 

 

 

PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI (TAHUN 2017)

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN
1. Karnival Ragbi 10’s Ansara Ke Xii Antarabangsa Naib Johan
2. Kejohanan Ragbi Mssd Daerah Johan
3. Kejohanan Ragbi Msss Negeri Johan Cup
4. Kejohanan Ragbi Kl Saracens 10’s (B13) Antarabangsa Johan Soucer
5. Kejohanan Ragbi Kl Saracens 10’s (B14) Antarabangsa Johan Cup
6. Kejohanan Ragbi Kl Saracens 10’s (B16) Antarabangsa Naib Johan Cup
7. Kejohanan Ragbi Msss Negeri (SBP) Johan Cup
8. Kejohanan Ragbi Mssm Kebangsaan Johan Bersama
9. Kejohanan Ragbi 10’s Vi (B15) Kebangsaan Johan Soucer
10 Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Kl Tiger 10’s (Bawah 13 Tahun) Kebangsaan Naib Johan Plate
11 Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Kl Tiger 10′( Bawah 14 Tahun) Kebangsaan Naib Johan Cup
12 Kgv 7 Kebangsaan Ketiga Cup
13 Kejohanan Ragbi Smss Kebangsaan Johan C / Pemain Terbaik
14 Kejohanan Ragbi Sbp 10 Sebelah Kebangsaan Kebangsaan Johan Cup

 

PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI (TAHUN 2016)

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN
1. Pertandingan Ragbi A/Bangsa 10’s (B13, 14 & 16 Tahun) Antarabangsa Penyertaan
2. Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Victoria Institution (Bawah 17) Antarabangsa Naib Johan Plate
3. Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Victoria Institution (Bawah 15) Antarabangsa Johan Cup
4. Kejohanan 13th Cobra School Rugby 10’s Antarabangsa Kelima
5. Kejohanan Ragbi Ansara 10’s Kebangsaan Ketiga
6. Kejohanan Ragbi UIA Kebangsaan Johan Plate
7. Kejohanan Ragbi Zon Tengah SBP Zon Tengah Negeri (SBP) Johan
8. Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan MCKK Kebangsaan Johan Sheild
9. Kejohanan Ragbi Jemputan 10 Sepasukan Salbros Negeri Johan Sheild

 

PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI (TAHUN 2015)

BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN
1. International Perlis Rugby Carnival Antarabangsa Johan Cup
2. Kejohanan Ragbi MCKK 7’s Premier Antarabangsa Johan Bowl
3. KL Saracens Green Rubber International Rugby 10’s Antarabangsa Naib Johan Bowl (L) B14
4. Kejohanan Ragbi Cobra 10’s Antarabangsa Naib Johan Cup
5. Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Victoria Institution Bawah 17 Antarabangsa Johan Shield B(15), Naib Johan Cup B(17)
6. Kejohanan Ragbi KGV 10’s Bawah 14 Tahun Antarabangsa Ketiga Cup (B13), Johan Plate (B14)
7. N9 Power Royal Bawah 16 Antarabangsa Johan Shield
8. Kejohanan Ragbi Ansara 10’s (1/10) Kebangsaan Johan Cup Bawah 17
10. Kejohanan Ragbi Jemputan Piala Tiger Lal-Mahadev Kebangsaan Johan Bowl
14. Raja Melewar 10’s Kebangsaan Johan Cup
15. Kejohanan Ragbi Jemputan Zealord 10’s Bawah 13 Tahun Kebangsaan Johan Cup
16. Kejohanan Ragbi Allied Pickfords XVs Bawah 14 Tahun Kebangsaan Johan Cup
17. SDAR 10’s Bawah 13 Tahun Kebangsaan Johan Cup
18. SDAR 10’s Bawah 14 Tahun Kebangsaan Johan Bowl